KUALA LUMPUR: Sebanyak 35,000 pengunjung tempatan dan luar negara disasar menyertai program Iftar@KL 2024 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Dataran Merdeka sepanjang enam hari penganjurannya.
Program pada hari ini, dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pusat Pelancongan Islam dan Persatuan Seni Budaya Putra itu, menyediakan 30 dulang juadah berbuka puasa untuk pengunjung.
Ketua Pengarah JKKN Mohd Amran Mohd Haris berkata, penyertaan pengunjung pada tahun ini amat menggalakkan dan meningkat berbanding hanya 30,875 pengunjung pada tahun lepas.
"Program ini merupakan kali ke-12 diadakan selepas mula diperkenalkan pada 2012 itu dan untuk tahun ini, ia berlangsung selama enam hari iaitu pada 23, 24, 30, 31 Mac serta 6 dan 7 April.
"Program ini bertujuan mengimarah dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah selain merapatkan silaturahim antara kaum menerusi program dan aktiviti kerohanian," katanya kepada pemberita dalam program yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan.
Dalam pada itu, Khairul Firdaus berkata MOTAC sedang merancang untuk memperluaskan program seumpama ini ke seluruh negara.
"Pelancongan budaya perlu diperincikan lagi bahawa betapa uniknya kebudayaan kita ketika bulan mulia ini selain dapat mengeratkan silaturahim.
"Tahun ini kita dimaklumkan, program sebegini akan berlangsung di Sabah dan Pahang manakala pada tahun depan mungkin diperluaskan ke negeri-negeri lain," katanya.
Sementara itu seorang pengunjung dari Australia, Alice Darrick, 35 berkongsi keterujaan menyertainya apabila tiba seawal 4.30 petang bersama suaminya.
"Ini kali pertama saya menyertai program sebegini dan ia sangat menarik. Ramai datang dengan keluarga untuk berbuka puasa bersama-sama," katanya kepada Bernama.
Seorang pelajar sekolah, Maisarah Batrisyiah Mazlan, 17, berkata dia bersama rakannya tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai program iftar itu pada setiap tahun.
"Saya selalu datang ke program ini kerana ada pelbagai jenis makanan dan juadah untuk berbuka puasa. Lagi-lagi dapat berbuka bersama kawan-kawan di kawasan tarikan pelancong, rasa sangat seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Penyertaan pengunjung pada tahun ini amat menggalakkan dan meningkat berbanding hanya 30,875 pengunjung pada tahun lepas. - Bernama
Piala Dunia: Jangan khayal, misi skuad takraw belum lengkap - Mohd Sumali
Skuad sepak takraw negara diingatkan supaya tidak terbuai dengan kejayaan awal menjuarai acara double dan rehi divisyen premier semalam.
[TERKINI] Anak MB Perlis didakwa kemuka tuntutan palsu
Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tuntutan palsu bernilai RM19,000. Kes disebut semula pada 28 Jun.
AWANI Ringkas: Ucaptama PM di Forum Nikkei ke-29
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis sahkan terima laporan, suspek bawa MPV putih
Polis sahkan telah menerima laporan berkaitan kejadian pecah rumah yang melibatkan kediaman Pemain Pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee pada Rabu.
Pemain pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee di dalam muat naik terbaru di Instagramnya telah membuat laporan polis susulan kejadian pecah masuk yang berlaku di rumahnya yang menyebabkan motosikalnya dan beberapa barangan lain telah dicuri.
Pemain pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee di dalam muat naik terbaru di Instagramnya telah membuat laporan polis susulan kejadian pecah masuk yang berlaku di rumahnya yang menyebabkan motosikalnya dan beberapa barangan lain telah dicuri.
KDN beri ruang kepada polis banteras kes hasut sentuh 3R - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kepakaran, keupayaan dan seluruh potensi dalam pasukan tersebut dalam membanteras kes hasutan berkaitan Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race) atau lebih dikenali sebagai 3R.
Perlu ada tanggungjawab dalam penulisan - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegur segelintir pengamal media agar lebih bertanggungjawab melaporkan berita dengan lengkap dan tepat serta mematuhi Kod Etika Kewartawanan selain menentusahkan sumber dan fakta.
Susulan serangan Ulu Tiram: Polis Perak tingkatkan kawalan di 16 IPD, 107 balai polis
Polis Perak turut menambah anggota yang bertugas pada sebelah malam di setiap IPD dan balai polis sebagai langkah memperketat keselamatan.
CCTV dipercayai rakaman insiden serangan asid terhadap Faisal Halim tular
Tular satu rakaman kamera CCTV di platfrom X yang memperlihatkan insiden dipercayai serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim.
Spotify kemas kini rupa huruf dengan rekaan tersendiri
Ia dibangunkan dengan kerjasama Dinamo Typefaces yang merupakan studio reka bentuk berpangkalan di Berlin.
[TERKINI] Bekas Setiausaha politik Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000
Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, atas dua pertuduhan menerima suapan RM350,000 berhubung tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan, empat tahun lalu.
Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
Iftar@KL kembali meriahkan Dataran Merdeka
Kira-kira 3,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang tanpa mengira agama memenuhi Jalan Raja di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.